Friday, December 17, 2010

Jaga imej Mahkamah Syariah - Jamil Khi

17/12/2010 8:17pm

KUALA TERENGGANU 17 Dis. — Penjawat Mahkamah Syariah perlu menjaga tingkah laku, sahsiah dan akhlak mereka selaras dengan imej dan nama baik agama Islam yang diwakili institusi berkenaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Suka atau tidak, sebagai penjawat Mahkamah Syariah, masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza terhadap kita, berbanding pandangan terhadap anggota masyarakat yang lain,” katanya dalam teks ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, Khazam Che Mat pada majlis perasmian Sukan Mahkamah Syariah Malaysia di sini hari ini. — Bernama

No comments:

Post a Comment