Friday, October 29, 2010

PERATURAN PERTANDINGAN PINGPONG CAMPURAN

PERATURAN PERTANDINGAN PINGPONG CAMPURAN


1.         UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1                    Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang ITTF yang terbaru serta Undang-Undang dan Peraturan Am Sukan Mahkamah Syariah Kali Pertama 2010.

1.2                    Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah berhak meminda / mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjur aktiviti sukan.

2.         PENDAFTARAN PEMAIN

2.1                    Pendaftaran pemain dan borang pendaftaran, rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 5.

3.         PASUKAN DAN PERATURAN PERMAINAN

3.1             Setiap pasukan mempunyai 7 pemain bagi acara 2 individu lelaki, 2 beregu lelaki dan 1 beregu wanita.

3.2             Aturan permainan mengikut turutan seperti berikut :

3.2.1       Individu Lelaki Pertama
3.2.2       Individu Lelaki Kedua
3.2.3       Beregu Lelaki Pertama
3.2.4          Beregu Lelaki Kedua
3.2.5          Beregu Wanita

3.2                    Sebelum pertandingan dimulakan, pengurus / ketua pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama pemain mengikut acara / beregu yang hendak dipertandingkan kepada urusetia pertandingan dengan menggunakan borang yang disediakan sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.3                    Pasukan yang bertanding hendaklah berada di gelanggang sepuluh (10) minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma “walk over” akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawan gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan dengan kiraan mata 5-0.

3.4                    Pemain lelaki dibenarkan bertanding dalam acara individu dan beregu.

3.5                    Jika pemain yang tidak hadir apabila masa permainannya tiba, maka permainan itu sahaja akan diambil kira sekiranya sebagai kemenangan percuma “walk over”.

3.6                    Bola berwarna oren Nittaku 3 STAR 40mm akan digunakan dalam kejohanan ini.


4.         SISTEM PERTANDINGAN

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 10 & 11.


5.         CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

5.1             Cara memberi mata :

Menang               -              3 mata
Kalah                     -              0 mata

5.2             Jika terdapat 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut :

5.2.1         Pasukan yang memenangi bilangan perlawanan yang terbanyak dikira menang (perbezaan perlawanan).

5.2.2         Jika masih seri, pasukan yang memenangi bilangan set yang terbanyak dikira menang (perbezaan set).

5.2.3         Jika masih seri, pasukan yang mendapat perbezaan mata yang terbanyak dikira menang.

5.2.4         Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.

5.2.5         Jika 3 atau lebih pasukan masih seri, pasukan yang mendapat jumlah mata permainan yang terbanyak dikira menang.


6.         PAKAIAN

6.1             Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 8.

6.2             Pemain-pemain tidak dibenarkan memakai pakaian yang sama dengan warna bola (oren) dan setiap pasukan hendaklah berpakaian seragam selain warna oren.




7.         MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 15.


8.         BANTAHAN / RAYUAN

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 16.

PERATURAN PERTANDINGAN GOLF

PERATURAN PERTANDINGAN GOLF

1.         UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1                    Pertandingan ini dijalankan mengikut Rules of Golf yang diluluskan oleh Royal and Ancient Golf Club of St. Andrews (R & A) dan  Undang-Undang dan Peraturan Am Sukan Mahkamah Syariah Kali Pertama 2010.

1.2                    Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah berhak meminda / mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjur aktiviti sukan.


2.         PENYERTAAN

2.1                    Permainan golf ini terbuka kepada semua individu dari JKSM, JKSN, MSN, Penaja dan jemputan Jawatankuasa Pelaksana SMS.

2.2                    Pertandingan golf ini tidak diambil kira sebagai penentu Johan keseluruhan SMS.

3.         PERATURAN PERMAINAN

3.1             Acara yang dipertandingkan adalah acara individu sahaja.


3.2             Kedi – akan disediakan oleh penganjur.  Hanya seorang kedi sahaja dibenarkan untuk membantu peserta semasa pertandingan. Kedi-kedi persendirian boleh digunakan tetapi hendaklah didaftarkan dengan Jawatankuasa Teknikal dan Permainan sebelum tarikh pertandingan. Hanaya seorang kedi amatur sahaja dibenarkan untuk membantu peserta semasa pertandingan.

3.3                    Bola yang digunakan bagi pertandingan hendaklah dibenarkan seperti dalam senarai “Conforming Golf Ball” yang dikeluarkan oleh Royal and Ancient Golf Club of St. Andrews terkini.

3.4                    Susunan ‘flight’  adalah mengikut ketetapan yang dibuat oleh JAwatankuasa Penganjur.

3.5                    Peserta pertandingan hendaklah melaporkan diri 15 minit sebelum masa giliran permainan yang ditetapkan. Pemain yang melapor diri lewat dari masa yang ditetapkan akan dibatalkan penyertaannya.

3.6                    Jawatankuasa Teknikal  dan Permainan akan melantik Rules Committee yang dianggotai Tournament Director, Asst. Tournament Director dan Chief Reffrey di mana segala yang melibatkan keputusan yang melibatkan pertandingan adalah MUKTAMAD.


4.         SISTEM PERTANDINGAN

Pertandingan akan dijalankan secara kiraan “nett score” bagi lapan belas (18) lubang berdasarkan “system 36 stroke play”.


5.         CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

5.1             Keputusan pemenang akan ditentukan berdasarkan “nett score” terbaik setelah peserta bertanding.

5.2             Hadiah akan diberikan kepada pemenang secara “best of three” sahaja.


6.         PAKAIAN

Semua peserta  mestilah berpakaian golf yang dibenarkan dan hendaklah merujuk kepada Undang-Undang & Peraturan Am, Para 8.

7.         MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 15.


8.         BANTAHAN / RAYUAN

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 16.

PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL

PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL

1.         UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1                    Pertandingan akan dijalankan mengikut Undang-Undang Futsal yang berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukan oleh FIFA serta telah diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) termasuk Undang-Undang dan Peraturan Am Sukan Mahkamah Syariah Kali Pertama 2010.

1.2                    Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah berhak meminda / mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjur aktiviti sukan.


2.         PENDAFTARAN PEMAIN

2.1                    Pendaftaran pemain dan borang pendaftaran, rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 5.


3.         PASUKAN DAN PERATURAN BERMAIN

3.1             Setiap kontinjen mempunyai  1 pasukan yang terdiri daripada 5 pemain utama dan 3 simpanan.

3.2             Untuk memulakan permainan, bilangan minimum pemain untuk 1 pasukan ialah 5 orang. Sekiranya dalam perkara di mana pemain diperintah keluar padang dan salah satu pasukan tinggal kurang dari 3 pemain, maka permainan hendaklah dibatalkan dan kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan 3 – 0 atau jaringan yang terbesar.

3.3                    Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa Mesyuarat Pegawai Kontinjen  yang akan diadakan sebelum tarikh pertandingan bermula.

3.4                    Sebelum pertandingan dimulakan, pengurus / ketua pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama pemain kepada urusetia pertandingan dengan menggunakan borang yang disediakan sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.5                    Pasukan yang bertanding hendaklah berada di gelanggang sepuluh (10) minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma walk overakan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawan gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan dengan tiga (3) mata dan jaringan tiga 3 – 0.

3.6                    Tiada had pertukaran semasa perlawanan. Seseorang pemain yang telah diganti boleh masuk semula ke gelanggang sebagai pengganti kepada pemain lain.

3.7                    Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi apabila gantian dibuat semasa bola dalam permainan:

3.6.1         Pemain yang meninggalkan gelanggang hendaklah keluar melintasi garisan tepi di kawasan zon penggantian.

3.6.2         Pemain yang masuk ke gelanggang juga dikehendaki berbuat demikian dari kawasan zon penggantian, tetapi hendaklah menunggu sehingga pemain yang hendaklah keluar telah melintasi garisan tepi.

3.6.3         Seseorang pengganti adalah tertakluk kepada kuasa dan kebijaksanaan pengadil sama ada memanggil atau tidak untuk bermain.

3.6.4         Penjaga gol boleh bertukar tempat dengan mana-mana pemain lain dengan syarat kebenaran dari pengadil hendaklah diminta terlebih dahulu.


4.         SISTEM PERTANDINGAN

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 10 & 11.


5.         CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

5.1             Pusingan awal akan dijalankan secara liga. Cara memberi mata adalah seperti berikut:-

Menang               -              3 mata
Seri                         -              1 mata
Kalah                     -             0 mata

5.2             Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain sesuatu perlawanan, pasukan lawan hendaklah diberi 3 (tiga) mata dengan jaringan 3 – 0, jika terdapat mana-mana pasukan yang digantung atau menarik diri dari pertandingan atas apa-apa jua sebab sekalipun, maka mata dan jaringan gol yang masuk dan kena hendaklah diambil kira.

5.3             Jika 2 (dua) atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:-

5.3.1      Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira memang.

5.3.2      Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol dikira memang.

5.3.3      Jika masih seri, pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawannya dalam perlawanan awal dikira menang.

5.3.4      Jika masih seri juga, tendangan penalti akan dijalankan untuk menentukan secara “SUDDEN DEATH” secara bergilir-gilir sehingga bertemu dengan pemenangnya.

5.4             Secara Kalah Mati

Bagi pusingan kedua (2), peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir perlawanan dilangsungkan secara KALAH MATI.

5.4.1      Keputusan ditentukan dengan secara “SUDDEN DEATH” dalam masa tambahan.

5.4.2      Perlawanan masa tambahan 10 minit iaitu 5 minit bagi setiap separuh masa tanpa rehat. Masa rehat hanya diberikan sebelum perlawanan masa tambahan bermula. Para pemain tidak dibenarkan keluar gelanggang kecuali mendapat kebenaran pengadil perlawanan.

5.4.3      Jika keputusan masih seri, SISTEM SEPAKAN PENALTI SUDDEN DEATH akan dijalankan untuk menentukan pemenangnya.

5.4.4      Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa sahaja semasa sepakan penalti dijalankan oleh pemain yang sedia ada di dalam gelanggang.


6.         MASA BERMAIN

6.1             Masa perlawanan adalah 7 minit x 1 minit x 7 minit pada pusingan awal peringkat kumpulan liga, suku akhir, separuh akhir dan akhir..


7.         KESALAHAN DAN KELAKUKAN TIDAK SOPAN

7.1             Mana-mana pemain yang didapati menyerang pengadil atau pemain yang diperintah keluar padang kerana bergaduh akan digantung bermain sepanjang tempoh kejohanan ini.

7.2             Pemain yang menerima perintah keluar padang (kad merah), tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan tersebut.


8.         PAKAIAN

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 8.


9.         MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 15.


10.       BANTAHAN / RAYUAN

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 16.

PERATURAN PERTANDINGAN DART

1.         UNDANG-UNDANG PERMAINAN


1.1                    Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang dan Peraturan Am Sukan Mahkamah Syariah Kali Pertama 2010.

1.2                    Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah berhak meminda / mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjur aktiviti sukan.


2.         PENDAFTARAN PEMAIN

2.1                    Pendaftaran pemain dan borang pendaftaran, rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 5.

3.         PEMAIN DAN PERATURAN PERMAINAN

3.1             Setiap pasukan mempunyai 2 pemain bagi acara 2 individu wanita dan 1 beregu wanita.

3.2             Aturan permainan mengikut turutan seperti berikut :

3.2.1       Individu Wanita Pertama - 501 (1 leg sahaja)
3.2.2       Individu Wanita Kedua - 501 (1 leg sahaja)
3.2.3       Beregu Wanita - 501 (1 leg sahaja)

3.2                    Sebelum pertandingan dimulakan, pengurus / ketua pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama pemain mengikut acara / beregu yang hendak dipertandingkan kepada urusetia pertandingan dengan menggunakan borang yang disediakan sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.3                    Pasukan yang bertanding hendaklah berada di gelanggang sepuluh (10) minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma “walk over” akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawan gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan dengan kiraan mata 3-0.

3.4                    Pemain bagi acara individu secara automatik akan  bermain dalam acara beregu.

3.5                    Jika pemain yang tidak hadir apabila masa permainannya tiba, maka permainan itu sahaja akan diambil kira sekiranya sebagai kemenangan percuma walk over”.

3.6                    Semua permainan dimulakan dengan Straight Start dan ditamatkan dengan Double.

3.7                    Di dalam permainan beregu, pemain yang namanya tercatat sebagai pemain pertama akan memulakan permainan.

3.8                    Hanya ’dart’ yang melekat di dartboard akan diambil kira sebagai skor setelah ’ketiga-tiga dart dibaling’.

3.9                    Pemain tidak dibenarkan mencabut dartnya dari dartboard sehingga ia bersetuju untuk skor yang diperolehi atau sebelum caller/chalker membuat kiraan.

3.10                Mana-mana salah kira yang dibuat oleh caller/chalker mengenai baki mata, pemain hendaklah memberitahu caller/chalker kesalahan berkenaan dan diperbetulkan sebelum pemain tersebut meneruskan balingannya. Sekiranya tidak ada sebarang bantahan yang dibuat oleh mana-mana pihak maka kesilapan itu ditetapkan dan sebarang perubahan atau bantahan tersebut tidak akan dilayan.


4.         SISTEM PERTANDINGAN

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 10 & 11.


5.         CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

5.1             Cara memberi mata :

Menang               -              3 mata
Kalah                     -              0 mata

5.2             Sekiranya sebarang kutipan mata yang sama antara pasukan dalam kumpulan, maka kaedah mengikut urutan berikut akan digunakan:-

5.2.1            Jumlah perlawanan / leg menang bagi semua pertandingan.

5.2.2            Jumlah perlawanan / leg kalah bagi semua pertandingan.

5.2.3            Nisbah perlawanan / leg.

5.2.4            Jumlah leg menang bagi semua pertandingan.

5.2.5            Jumlah leg kalah bagi semua pertandingan.

5.2.6            Nisbah leg.

5.3             Sekiranya selepas kiraan tersebut di atas masih berlaku seri untuk 2 pasukan, maka pasukan yang menang dalam perlawanan antara mereka akan layak. Sekiranya 3 pasukan yang berkedudukan seri maka undian akan dijalankan bagi menentukan pasukan yang layak.


6.         PAKAIAN

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 8.

7.         MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 15.


8.         BANTAHAN / RAYUAN

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 16.