Monday, October 18, 2010
Sukan Mahkamah Syariah Kali Pertama
SMS1 merupakan satu temasya sukan yang julung-julung kali akan diadakan melibatkan warga kerja Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia. Idea penganjuran temasya SMS1 ini lahir dari hasrat semua warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri (JKSN) dan Mahkamah Syariah Negeri-negeri (MSN) terutamanya Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM. Jalinan kerjasama yang sediada erat antara JKSM dan JKSN / MSN boleh diperkasakan melalui penganjuran SMS1 ini. Pelaksanaan SMS1 ini dirancang dengan penglibatan semua warga kerja JKSN dan MSN serta warga kerja skim Pegawai Perkhidmatan Gunasama Persekutuan / Negeri gred LS yang berada di agensi-agensi luar seperti Jabatan Peguam Negara, Jabatan Bantuan Guaman, Bahagian Pendakwaan dan lain-lain. Penganjuran sukan ini akan dilaksanakan juga dengan gabungan kerjasama dari Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) sebagai badan induk pelaksana, Kelab-kelab Kebajikan JKSN / MSN / JKSM serta PUSPANITA JKSM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment