Friday, October 29, 2010

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

1.         UNDANG-UNDANG PERMAINAN


1.1                    Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang permainan di bawah MAVA dan Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa serta Undang-Undang dan Peraturan Am Sukan Mahkamah Syariah Kali Pertama 2010.

1.2                    Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah berhak meminda / mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjur aktiviti sukan.


2.         PENDAFTARAN PEMAIN

2.1             Pendaftaran pemain dan borang pendaftaran, rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 5.


3.         PASUKAN DAN PERATURAN BERMAIN

3.1             Setiap kontinjen mempunyai  1 pasukan yang terdiri daripada 6 pemain utama dan 3 simpanan.

3.2                    Sebelum pertandingan dimulakan, pengurus / ketua pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama pemain kepada urusetia pertandingan dengan menggunakan borang yang disediakan sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.3                    Pasukan yang bertanding hendaklah berada di gelanggang sepuluh (10) minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma walk over akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawan gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan dengan kiraan mata 25 – 0 dan 25 – 0.



4.         SISTEM PERTANDINGAN

4.1          Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 10 & 11.

4.2          Keputusan perlawanan akan diputuskan dengan dua (2) kemenangan daripada tiga (3) perlawanan di pusingan awal, suku akhir, separuh akhir dan akhir.


5.         CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

5.1             Cara memberi mata:

Menang               -             3 mata
Kalah                     -              0 mata

5.2             Jika terdapat pasukan-pasukan mendapat jumlah mata, maka pemenang akan ditentukan mengikut kaedah berikut:-

5.2 .1     Nisbah set tertinggi, S = Set menang bahagi set kalah (semua perlawanan).

5.2.2      Jika masih seri, kaedah kedua akan digunakan, M = Jumlah mata menang bahagi mata kalah (semua perlawanan).

5.2.3      Jika masih seri, S1 = Jumlah set menang bahagi set kalah (antara pasukan yang terlibat sahaja).

5.2.4      Jika masih seri, M1 = Jumlah mata menang bahagi mata kalah (antara pasukan terlibat sahaja).

5.2.5      Jika sekiranya masih terdapat persamaan antara dua (2) pasukan maka keputusan perlawanan yang telah diadakan di antara kedua-dua pasukan tersebut akan diambil kira. Pasukan yang menang di dalam perlawanan tersebut dikira menang.

5.2.6      Sekiranya masih tidak boleh ditentukan pemenang antara tiga (3) atau lebih pasukan, maka cabutan undi akan dijalankan.


6.         PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN

6.1             Sekiranya pengadil berpendapat gelanggang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh cuaca buruk atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, permainan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan itu dihentikan akibat hal-hal di luar kawalan kedua-dua pasukan, sekiranya tidak melebihi 4 jam, keputusan berikut diikuti:-

6.1.1      Sekiranya bermain semula di gelanggang yang sama, set tergendala akan disambung semula dengan mata, pemain dan kedudukan pemain yang sama.

6.1.2      Set yang telah dimainkan terdahulu dikekalkan keputusannya. Sekiranya perlawanan dimainkan di gelanggang lain, set yang sedang dimainkan dikira batal dan dimainkan semula dengan pemain-pemain yang sama.


7.         PAKAIAN

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 8.


8.         MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 15.


9.         BANTAHAN / RAYUAN

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para  16.

No comments:

Post a Comment