Friday, October 29, 2010

PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL

PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL

1.         UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1                    Pertandingan akan dijalankan mengikut Undang-Undang Futsal yang berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukan oleh FIFA serta telah diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) termasuk Undang-Undang dan Peraturan Am Sukan Mahkamah Syariah Kali Pertama 2010.

1.2                    Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah berhak meminda / mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjur aktiviti sukan.


2.         PENDAFTARAN PEMAIN

2.1                    Pendaftaran pemain dan borang pendaftaran, rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 5.


3.         PASUKAN DAN PERATURAN BERMAIN

3.1             Setiap kontinjen mempunyai  1 pasukan yang terdiri daripada 5 pemain utama dan 3 simpanan.

3.2             Untuk memulakan permainan, bilangan minimum pemain untuk 1 pasukan ialah 5 orang. Sekiranya dalam perkara di mana pemain diperintah keluar padang dan salah satu pasukan tinggal kurang dari 3 pemain, maka permainan hendaklah dibatalkan dan kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan 3 – 0 atau jaringan yang terbesar.

3.3                    Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa Mesyuarat Pegawai Kontinjen  yang akan diadakan sebelum tarikh pertandingan bermula.

3.4                    Sebelum pertandingan dimulakan, pengurus / ketua pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama pemain kepada urusetia pertandingan dengan menggunakan borang yang disediakan sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.5                    Pasukan yang bertanding hendaklah berada di gelanggang sepuluh (10) minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma walk overakan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawan gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan dengan tiga (3) mata dan jaringan tiga 3 – 0.

3.6                    Tiada had pertukaran semasa perlawanan. Seseorang pemain yang telah diganti boleh masuk semula ke gelanggang sebagai pengganti kepada pemain lain.

3.7                    Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi apabila gantian dibuat semasa bola dalam permainan:

3.6.1         Pemain yang meninggalkan gelanggang hendaklah keluar melintasi garisan tepi di kawasan zon penggantian.

3.6.2         Pemain yang masuk ke gelanggang juga dikehendaki berbuat demikian dari kawasan zon penggantian, tetapi hendaklah menunggu sehingga pemain yang hendaklah keluar telah melintasi garisan tepi.

3.6.3         Seseorang pengganti adalah tertakluk kepada kuasa dan kebijaksanaan pengadil sama ada memanggil atau tidak untuk bermain.

3.6.4         Penjaga gol boleh bertukar tempat dengan mana-mana pemain lain dengan syarat kebenaran dari pengadil hendaklah diminta terlebih dahulu.


4.         SISTEM PERTANDINGAN

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 10 & 11.


5.         CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

5.1             Pusingan awal akan dijalankan secara liga. Cara memberi mata adalah seperti berikut:-

Menang               -              3 mata
Seri                         -              1 mata
Kalah                     -             0 mata

5.2             Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain sesuatu perlawanan, pasukan lawan hendaklah diberi 3 (tiga) mata dengan jaringan 3 – 0, jika terdapat mana-mana pasukan yang digantung atau menarik diri dari pertandingan atas apa-apa jua sebab sekalipun, maka mata dan jaringan gol yang masuk dan kena hendaklah diambil kira.

5.3             Jika 2 (dua) atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:-

5.3.1      Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira memang.

5.3.2      Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol dikira memang.

5.3.3      Jika masih seri, pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawannya dalam perlawanan awal dikira menang.

5.3.4      Jika masih seri juga, tendangan penalti akan dijalankan untuk menentukan secara “SUDDEN DEATH” secara bergilir-gilir sehingga bertemu dengan pemenangnya.

5.4             Secara Kalah Mati

Bagi pusingan kedua (2), peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir perlawanan dilangsungkan secara KALAH MATI.

5.4.1      Keputusan ditentukan dengan secara “SUDDEN DEATH” dalam masa tambahan.

5.4.2      Perlawanan masa tambahan 10 minit iaitu 5 minit bagi setiap separuh masa tanpa rehat. Masa rehat hanya diberikan sebelum perlawanan masa tambahan bermula. Para pemain tidak dibenarkan keluar gelanggang kecuali mendapat kebenaran pengadil perlawanan.

5.4.3      Jika keputusan masih seri, SISTEM SEPAKAN PENALTI SUDDEN DEATH akan dijalankan untuk menentukan pemenangnya.

5.4.4      Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa sahaja semasa sepakan penalti dijalankan oleh pemain yang sedia ada di dalam gelanggang.


6.         MASA BERMAIN

6.1             Masa perlawanan adalah 7 minit x 1 minit x 7 minit pada pusingan awal peringkat kumpulan liga, suku akhir, separuh akhir dan akhir..


7.         KESALAHAN DAN KELAKUKAN TIDAK SOPAN

7.1             Mana-mana pemain yang didapati menyerang pengadil atau pemain yang diperintah keluar padang kerana bergaduh akan digantung bermain sepanjang tempoh kejohanan ini.

7.2             Pemain yang menerima perintah keluar padang (kad merah), tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan tersebut.


8.         PAKAIAN

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 8.


9.         MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 15.


10.       BANTAHAN / RAYUAN

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 16.

No comments:

Post a Comment