Friday, October 29, 2010

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING


1.         UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1                    Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA) dan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) serta Undang-Undang dan Peraturan  Am Sukan Mahkamah Syariah Kali Pertama 2010.

1.2                    Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah berhak meminda / mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjur aktiviti sukan.


2.         PENDAFTARAN PEMAIN

2.1                    Pendaftaran pemain dan borang pendaftaran, rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 5. 


3.         PASUKAN DAN PERATURAN BERMAIN

3.1             Setiap kontinjen mempunyai  1 pasukan yang terdiri daripada 7 pemain utama dan 3 simpanan.

3.2             Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya minimum 5 (lima) orang pemain sebelum satu-satu perlawanan dimulakan. Jika kurang daripada jumlah ini pasukan tersebut dikira menerima kekalahan.

3.3                    Sebelum pertandingan dimulakan, pengurus / ketua pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama pemain kepada urusetia pertandingan dengan menggunakan borang yang disediakan sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.4                    Pasukan yang bertanding hendaklah berada di gelanggang sepuluh (10) minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma walk overakan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawan gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan dengan 3 mata dan jaringan 3 – 0.

3.5                    Kecederaan dan Kesakitan -

3.5.1         Apabila seorang pemain mendapat cedera atau sakit semasa bermain, pemain dalam pasukan boleh meminta pemberhentian masa daripada pengadil perlawanan. Hanya Pegawai Penjagaan Utama (Primary Care Personel) sahaja dibenarkan masuk ke dalam gelanggang untuk merawat pemain yang cedera tersebut. Sekiranya pasukan tidak mempunyai Pegawai Penjagaan Utama, pasukan perubatan yang bertugas di venue secara automatik bertindak sebagai Pegawai Penjagaan Utama tersebut.

3.5.2         Pemain lain tidak dibenarkan keluar daripada gelanggang. Hanya Pengurus Pasukan sahaja yang boleh memberi minuman, tuala muka dan sebagainya yang diminta oleh pemain yang berada di dalam gelanggang. Air tidak boleh dibaling atau seumpamanya. Pemain simpanan dan jurulatih TIDAK DIBENARKAN meninggalkan kerusi simpanan, bercakap atau memberi sebarang KEJURULATIHAN kepada pemain yang berada di dalam gelanggang semasa tempoh pemberhentian ini.

3.5.3         Masa pemberhentian kecederaan yang dibenarkan adalah seperti berikut:

3.5.3.1        Pemberhentian kecederaan kali 1 (pertama) daripada mana-mana pasukan diberi sehingga 2 (dua) minit sahaja. Pemain boleh dirawat di dalam atau di luar gelanggang.

3.5.3.2        Pemberhentian kecederaan kali kedua (2) dan seterusnya daripada pasukan yang sama dalam masa permainan yang sama diberi sehingga 30 (tiga puluh) saat sahaja. Pemain hendaklah dirawat di luar gelanggang atau pertukaran pemain dilakukan (bergantung daripada keputusan jurulatih / pengurus pasukan). Sekiranya pemain lewat mengambil tempat selepas tempoh 30 saat, pemain tersebut tidak boleh terus memasuki gelanggang sehingga diberitahu oleh pengadil mengikut peraturan pemain yang lewat memasuki gelanggang.

3.5.3.3        Sekiranya pemberhentian diminta oleh pasukan yang berbeza maka kiraan kecederaan akan dikira bermula daripada yang pertama (1) dan seterusnya.

3.5.3.4        Pemberhentian kecederaan adalah mengikut pemberhentian yang keberapa, pasukan yang meminta dan masa permainan yang terlibat. Pemberhentian kecederaan akan bermula baru apabila perlawanan memasuki masa perlawanan berikutnya.

3.6                    Pasukan lawan yang tidak meminta masa kecederaan boleh melakukan pertukaran pemain atau pertukaran posisi dalam masa kecederaan tersebut.

3.7                    Pemain yang sakit atau cedera boleh membuat pertukaran dengan pemain simpanan yang ada dan boleh bermain semula selepas diganti.

3.8                    Pemain Lewat –

3.8.1         Pemain yang lewat sampai tidak boleh memasuki gelanggang, tetapi setelah memaklumkan kepada pengadil, pemain boleh bermain setelah:

3.8.1.1        Selepas satu gol dijaringkan. Dalam hal ini, pemain yang lewat mestilah mengambil posisi yang kosong sahaja dalam pasukannya; atau
3.8.1.2        Selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan.; atau
3.8.1.3        Selepas rehat separuh masa pertama.


4.         SISTEM PERTANDINGAN

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 10 & 11.


5.         CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

5.1             Pusingan awal akan dijalankan secara liga - 10 minit (masa pertama) x 3 minit (rehat) x 10 minit (masa kedua). Pasukan hendaklah bertukar gol selepas separuh masa permainan.

5.1.1      Cara memberi mata :

Menang               -              3 mata
Seri                        -              1 mata
Kalah                     -             0 mata

5.1.2      Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:-

5.1.2.1     Purata gol akan menentukan kedudukan (iaitu: jumlah jaringan gol dibahagi dengan jumlah gol yang kena).

5.1.2.2 Jika masih seri, maka perbezaan gol akan digunapakai (iaitu: jumlah jaringan gol ditolak dengan gol yang kena).

5.1.2.3 Jika masih seri, pasukan yang menjaring gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.

5.2             Secara Kalah Mati  - Jika keputusannya berakhir dengan seri pada peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut:-

5.2.1      Pertandingan disambung semula setelah berehat 3 minit.

5.2.2      Masa tambahan selama dua (2) x lima (5) minit setiap bahagian akan dimainkan.

5.2.3      Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah.

5.2.4      Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat.

5.2.5      Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah yang berikutnya.

5.2.6      Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.


6.         PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN

Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan akibat hal-hal di luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau dihentikan hendaklah dilangsungkan pada tarikh, tempat dan masa yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Permainan.


7.         PAKAIAN

7.1             Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 8.

7.2             Huruf-huruf (ketinggian huruf adalah 6 inci) di bawah hendaklah disemadikan di bahagian hadapan dan belakang baju pemain iaitu:
GS
Penjaring Gol
(Goal Shooter)
GA
Penyerang Gol
(Goal Attack)
WA
Penyerang Sayap
(Wing Attack)
C
Pemain Tengah
(Centre)
WD
Penangkis Sayap
(Wing Defence)
GD
Penahan Gol
(GoaL Defence)
GK
Penjaga Gol
(Goal Keeper)









7.3             Pasukan hendaklah membawa 2 set bib berlainan warna yang ketinggian hurufnya mestilah 6 inci.


8.         MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 15.


9.         BANTAHAN / RAYUAN

Mengikut Peraturan Am Para 16.

No comments:

Post a Comment