Friday, October 29, 2010

PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON CAMPURAN

1.         UNDANG-UNDANG PERMAINAN


1.1                    Pertandingan ini dijalankan mengikut Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) serta Undang-Undang dan Peraturan Am Sukan Mahkamah Syariah Kali Pertama 2010.

1.2                    Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah berhak meminda / mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjur aktiviti sukan.


2.         PENDAFTARAN PEMAIN

2.1                    Pendaftaran pemain dan borang pendaftaran, rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 5.


3.         PASUKAN DAN PERATURAN PERMAINAN

3.1             Setiap pasukan mempunyai  2 beregu lelaki , 1 beregu wanita dan 2 simpanan.

3.2             Aturan permainan mengikut turutan seperti berikut :

3.2.1       Beregu Lelaki Pertama
3.2.2       Beregu Lelaki Kedua
3.2.3         Beregu Wanita

3.3                    Sebelum pertandingan dimulakan, pengurus / ketua pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama pemain mengikut beregu yang hendak dipertandingkan kepada urusetia pertandingan dengan menggunakan borang yang disediakan sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.4                    Pasukan yang bertanding hendaklah berada di gelanggang sepuluh (10) minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma walk over akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawan gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan dengan kiraan mata 3-0.

3.5                    Seseorang pemain hanya dibenarkan bertanding sekali sahaja dalam acara yang sama di mana-mana pertandingan tie”.

3.6                    Jika pemain yang tidak hadir apabila masa permainannya tiba, maka permainan itu sahaja akan diambil kira sekiranya sebagai kemenangan percuma “walk over” dengan kiraan mata 21-0 dan 21-0.

3.7                    Pemain yang ditimpa kecederaan semasa bermain seperti "cramp" dan sebagainya akan diberi masa lima (5) minit untuk mendapatkan rawatan dan tiada masa akan diberikan untuk kecederaan berikutnya. Jika pemain ini tidak dapat meneruskan perlawanan tersebut kemenangan boleh diberikan kepada pihak lawan.

3.8                    Kejohanan ini akan menggunakan bulu tangkis yang ditetapkan oleh penganjur (Yonex AS 30). Pihak pengelola menghadkan lima (5) bulu tangkis sahaja bagi setiap regu perlawanan dan selebihnya hendaklah disediakan oleh pasukan yang bertanding.

3.9                    Setiap pasukan dikehendaki menyediakan dua (2) orang penjaga garisan.

3.10                Sekiranya Pengadil Kehormat berpendapat bahawa sesuatu keadaan itu tidak sesuai untuk bermain, tarikh dan masa pertandingan hendaklah ditetapkan dengan syarat memberitahu terlebih dahulu  pasukan-pasukan yang terlibat.

3.11                 Pemain atau pengurus pasukan boleh merayu kepada pengadil atas segi undang-undang sahaja point of law”. Walau bagaimanapun keputusan pengadil adalah MUKTAMAD.


4.         SISTEM PERTANDINGAN

Sila rujuk Undang-Undang & Peraturan Am , Para 10 & 11.


5.         CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

5.1             Cara memberi mata :

Menang               -              3 mata
Kalah                     -              0 mata

5.2             Jika terdapat 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut :

5.2.1         Pasukan yang memenangi bilangan perlawanan yang terbanyak dikira menang (perbezaan perlawanan).

5.2.2         Jika masih seri, pasukan yang memenangi bilangan set yang terbanyak dikira menang (perbezaan set).

5.2.3         Jika masih seri, pasukan yang mendapat perbezaan mata yang terbanyak dikira menang.

5.2.4         Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.

5.2.5         Jika 3 atau lebih pasukan masih seri, pasukan yang mendapat jumlah mata permainan yang terbanyak dikira menang.

6.         PAKAIAN

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am Para 8.

7.         MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 15.


8.         BANTAHAN / RAYUAN

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 16.

No comments:

Post a Comment