Tuesday, October 19, 2010

Senarai Acara

Temasya SMS1 yang pertama kali dianjurkan ini akan melibatkan bilangan acara yang dipertandingkan dalam jumlah yang sederhana. Faktor kemudahan penyertaan semua JKSN / MSN lebih diutamakan berbanding bilangan acara yang dipertandingkan. Di samping itu, faktor bilangan acara yang dipertandingkan akan meningkatkan kos penyertaan dan penganjuran juga diambil pertimbangan,  acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut :-

                         i.          Futsal (Lelaki)
                   ·           Terdiri daripada 5 pemain utama & 3 simpanan.
·           Setiap negeri satu pasukan.

                       ii.          Bola Jaring (Wanita)

·           Terdiri daripada 7 pemain utama & 3 simpanan.
·           Setiap negeri satu pasukan

                     iii.          Bola Tampar (Lelaki)

·           Terdiri daripada 6 pemain utama & 3 simpanan..
·           Setiap negeri satu pasukan.

                     iv.          Badminton (Campuran)
·           2 regu lelaki & 1 regu wanita.
·           Terdiri daripada 6 pemain dan 2 simpanan.
·           Setiap negeri satu pasukan.

                       v.          Pingpong (Campuran)

·           2 individu lelaki, 2 regu lelaki & 1 regu wanita.
·           Terdiri daripada 6 pemain utama & 1 simpanan.
·           Setiap negeri satu pasukan.

                     vi.          Menembak (Lelaki)

·           Terdiri daripada Ketua Pengarah / Ketua Hakim Negeri JKSM / Hakim Mahkamah Rayuan JKSM / Ketua Hakim Syarie Negeri @ Pegawai Kanan JKSN / MSN.
·           Setiap negeri 1 penyertaan sahaja.

                   vii.          Dart (Wanita)

·           2 individu & 1 regu.
·           Terdiri daripada 2 pemain.
·           Setiap negeri satu pasukan.

                 viii.          Golf (Lelaki)

·           Terbuka kepada individu yang mempunyai peralatan golf sendiri.
·           Ia tidak dikira dalam pengumpulan mata keseluruhan.

Selain dari acara Golf, setiap kontinjen perlu menghantar peserta berjumlah 45 orang jika mendaftar untuk menyertai semua acara yang dipertandingkan. Setiap kontinjen akan diketuai oleh seorang Ketua Kontijen dan Timbalan Ketua Kontinjen.  Johan keseluruhan akan ditentukan melalui pengumpulan mata dari setiap acara yang dipertandingkan.


No comments:

Post a Comment