Friday, October 29, 2010

PERATURAN PERTANDINGAN DART

1.         UNDANG-UNDANG PERMAINAN


1.1                    Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang dan Peraturan Am Sukan Mahkamah Syariah Kali Pertama 2010.

1.2                    Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah berhak meminda / mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjur aktiviti sukan.


2.         PENDAFTARAN PEMAIN

2.1                    Pendaftaran pemain dan borang pendaftaran, rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 5.

3.         PEMAIN DAN PERATURAN PERMAINAN

3.1             Setiap pasukan mempunyai 2 pemain bagi acara 2 individu wanita dan 1 beregu wanita.

3.2             Aturan permainan mengikut turutan seperti berikut :

3.2.1       Individu Wanita Pertama - 501 (1 leg sahaja)
3.2.2       Individu Wanita Kedua - 501 (1 leg sahaja)
3.2.3       Beregu Wanita - 501 (1 leg sahaja)

3.2                    Sebelum pertandingan dimulakan, pengurus / ketua pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama pemain mengikut acara / beregu yang hendak dipertandingkan kepada urusetia pertandingan dengan menggunakan borang yang disediakan sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.3                    Pasukan yang bertanding hendaklah berada di gelanggang sepuluh (10) minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma “walk over” akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawan gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan dengan kiraan mata 3-0.

3.4                    Pemain bagi acara individu secara automatik akan  bermain dalam acara beregu.

3.5                    Jika pemain yang tidak hadir apabila masa permainannya tiba, maka permainan itu sahaja akan diambil kira sekiranya sebagai kemenangan percuma walk over”.

3.6                    Semua permainan dimulakan dengan Straight Start dan ditamatkan dengan Double.

3.7                    Di dalam permainan beregu, pemain yang namanya tercatat sebagai pemain pertama akan memulakan permainan.

3.8                    Hanya ’dart’ yang melekat di dartboard akan diambil kira sebagai skor setelah ’ketiga-tiga dart dibaling’.

3.9                    Pemain tidak dibenarkan mencabut dartnya dari dartboard sehingga ia bersetuju untuk skor yang diperolehi atau sebelum caller/chalker membuat kiraan.

3.10                Mana-mana salah kira yang dibuat oleh caller/chalker mengenai baki mata, pemain hendaklah memberitahu caller/chalker kesalahan berkenaan dan diperbetulkan sebelum pemain tersebut meneruskan balingannya. Sekiranya tidak ada sebarang bantahan yang dibuat oleh mana-mana pihak maka kesilapan itu ditetapkan dan sebarang perubahan atau bantahan tersebut tidak akan dilayan.


4.         SISTEM PERTANDINGAN

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 10 & 11.


5.         CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

5.1             Cara memberi mata :

Menang               -              3 mata
Kalah                     -              0 mata

5.2             Sekiranya sebarang kutipan mata yang sama antara pasukan dalam kumpulan, maka kaedah mengikut urutan berikut akan digunakan:-

5.2.1            Jumlah perlawanan / leg menang bagi semua pertandingan.

5.2.2            Jumlah perlawanan / leg kalah bagi semua pertandingan.

5.2.3            Nisbah perlawanan / leg.

5.2.4            Jumlah leg menang bagi semua pertandingan.

5.2.5            Jumlah leg kalah bagi semua pertandingan.

5.2.6            Nisbah leg.

5.3             Sekiranya selepas kiraan tersebut di atas masih berlaku seri untuk 2 pasukan, maka pasukan yang menang dalam perlawanan antara mereka akan layak. Sekiranya 3 pasukan yang berkedudukan seri maka undian akan dijalankan bagi menentukan pasukan yang layak.


6.         PAKAIAN

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 8.

7.         MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 15.


8.         BANTAHAN / RAYUAN

Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am, Para 16.

1 comment:

  1. As'kum.. sekadar bertanya : Bagaimanakah cara balingan dart yang betul? adakah dart di baling kurang daripada aras telinga peserta ataupun boleh di baling melebihi aras telinga peserta? ataupun tiada syarat balingan dan pesera bebas membuat cara balingan masing2?? sila bantu dan terima kasih..

    ReplyDelete